Saturday, January 31, 2009

DEFINISI KEUSAHAWANAN

Keusahawanan adalah di antara perkara yang terpenting kepada individu, keluarga, pembangunan masyarakat, pembangunan negara serta agama. Ianya merupakan satu bidang ilmu yang merangkumi unsur-unsur sikap, kemahiran dan pengetahuan yang berkaitan dengan perniagaan dan perusahaan (Jadual 1.1).

Jadual Menunjukkan Bidang Ilmu Keusahawanan





Mengikut Yep Putih (1989), keusahawanan dikatakan sebagai satu kebolehan, kemampuan, dan kecenderungan untuk melakukan perkara-perkara berikut :-

• Mengenalpasti peluang perniagaan
• Mengendalikan usaha perniagaan yang menguntungkan dirinya sendiri dan orang ramai.
• Mendapatkan kejayaan melalui usaha-usaha yang dapat memenuhi keperluan orang ramai.
• Mendapatkan kekayaan dengan cara berusaha memenuhi keperluan masyarakat.
• Mengambil risiko yang telah diperhitungkan (calculated risk)
• Mentadbir dan menggunakan faktor-faktor pengeluaran bagi menghasilkan pembangunan ekonomi dan kebajikan sosial.
• Sentiasa berusaha dan bersedia untuk membuat pembaharuan yang boleh meningkatkan daya pengeluaran dari masa ke semasa.

Secara ringkasnya boleh dinyatakan bahawa keusahawanan sebagai kualiti manusia yang bukan sahaja mendatangkan faedah kepada dirinya sendiri tetapi ia dapat membangunkan ekonomi dengan pesat serta memberi sumbangan kepada orang lain. Ia merupakan proses mewujudkan dan mengurus perniagaan untuk mencapai objektif yang dihajati.

S: Huraikan perbezaannya antara usahawan dan keusahawanan
J: Perbezaan antara usahawan dan keusahawanan ialah usahawan merupakan orang yang mengusahakan sesuatu perniagaan atau perindustrian. Individu tersebut mempunyai ciri-ciri yang diperlukan oleh seorang usahawan seperti inovatif, kreatif, berani mengambil risiko yang telah diperhitungkan, bijak mengambil peluang dan lain-lain. Manakala keusahawanan ialah suatu bidang ilmu yang diceburi yang meliputi bidang pengetahuan, kemahiran dan sikap.

S: Apakah unsur-unsur sikap yang terkandung dalam keusahawanan?
J: Unsur–unsur sikap yang ada pada keusahawanan ialah motivasi yang tinggi, keyakinan kepada diri sendiri, inisiatif, bertanggungjawab, kebolehan menangani keadaan tidak menentu, keazaman dan kesungguhan serta ketahanan mental dan fizikal.

S: Sebutkan beberapa orang sebagai contoh usahawan yang telah berjaya. Nyatakan perkara- perkara yang telah dilakukan sehingga Ia berjaya menjadi usahawan.
J: Contoh usahawan yang berjaya:
a) Bill Gates –Program Komputer (Microsoft)
b) Dato’ Maznah Hamid – Keselamatan (Securiforce)
c) Tan Sri Mustapha Kamal – Pembangunan Hartanah (EMKAY)

No comments:

Post a Comment